Waspada propaganda Fatah dan Israel untuk jatuhkan Hamas

Media dan rakyat Malaysia diingatkan agar berwaspada terhadap propaganda yang cuba dimainkan oleh Fatah dan Israel untuk menjatuhkan Hamas, terutama di tengah-tengah peperangan yang masih berlangsung di Gaza.

Menurut Penyelidik Dunia Palestin, Ahmad Nu’man Mazlan, beberapa perkembangan terkini menunjukkan usaha sistematik untuk membina persepsi negatif terhadap Hamas, termasuk melalui demonstrasi dan manipulasi media sosial.

“Beberapa hari lalu, seorang wakil Fatah di Gaza menggesa Hamas berundur daripada pemerintahan di wilayah itu. Seruan ini diikuti dengan sekumpulan kecil penyokong Fatah mengambil kesempatan untuk melaungkan slogan menolak Hamas dalam satu demonstrasi di utara Gaza yang sebenarnya membantah genosid Israel,” katanya.

Beliau turut mendedahkan bahawa pada waktu yang sama, rejim Israel menghantar mesej kepada ribuan rakyat Palestin melalui telefon bagi menghasut mereka agar menolak Hamas, satu tindakan yang jelas bertujuan mencetuskan perpecahan dalaman.

“Media Israel serta rangkaian akhbar gergasi di Amerika Syarikat segera membesarkan protes kecil ini untuk membentuk persepsi bahawa Hamas kehilangan sokongan rakyat Gaza,” tambahnya.

Lebih membimbangkan, menurut Ahmad Nu’man, terdapat beberapa media utama di Malaysia yang hanya menyalin berita propaganda tersebut tanpa menyelidiki kesahihannya terlebih dahulu.

Namun begitu, beliau menegaskan bahawa strategi propaganda ini tetap gagal kerana sokongan majoriti rakyat Gaza terhadap Hamas masih kukuh.

“Israel dan Fatah boleh cuba mencipta naratif palsu, tetapi realitinya rakyat Palestin lebih memahami siapa yang benar-benar memperjuangkan kebebasan mereka,” katanya lagi.

Sehingga kini, Hamas kekal sebagai kuasa utama yang menentang penjajahan Israel dan memainkan peranan penting dalam perjuangan pembebasan Palestin. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Jurucakap Hamas Abdel Latif Al-Qanou syahid dalam serangan udara Israel

Next Post

Lubnan tolak sebarang normalisasi hubungan dengan Israel

Related Posts