IRIS lancar e-buku fokus langkah strategik pembebasan Palestin

Sempena ulang tahun Taufan Al-Aqsa, IRIS Institute telah melancarkan e-buku baharu berjudul “Negara Berdaulat: Kuasa Nasional Asas Pembebasan Palestin”.

E-buku ini menyajikan kerangka fikir yang komprehensif berdasarkan kajian ilmiah serta analisis realiti semasa, bertujuan merangka langkah strategik ke arah pembebasan Palestin dan Al-Aqsa.

Penulisan ini menekankan bahawa asas utama untuk mencapai pembebasan Palestin adalah pembangunan negara-negara umat Islam yang berdaulat dan kuat.

Menurut buku tersebut, jika negara-negara ini mampu mengatasi cabaran struktural dan memperkukuh sumber kuasa mereka, mereka boleh membina Kuasa Nasional yang berperanan penting dalam menamatkan hegemoni Barat yang menyokong Israel Raya.

IRIS Institute juga menggariskan bahawa kewujudan negara-negara Islam yang berdaulat adalah kunci untuk membangunkan orde dunia baharu yang mampu menyaingi kuasa Barat dan mengembalikan Baitul Maqdis di bawah kekuasaan Islam.

E-buku ini menyampaikan idea-idea utamanya secara ringkas, memberi fokus kepada gambaran besar tanpa memperincikan hujah atau data secara mendalam, menjadikannya mudah diakses oleh pembaca yang ingin memahami isu Palestin dengan cepat dan padat. – Dunia Palestin

Dapatkan e-buku Negara Berdaulat: Kuasa Nasional Asas Pembebasan Palestin di sini: bit.ly/kuasanasionalpalestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

28 terbunuh, 54 cedera selepas Israel serang sekolah

Next Post

Lebih sejuta rakyat Lubnan jadi pelarian angkara Israel

Related Posts