Kegagalan UNSC paksa Iran ambil tindakan sah mempertahankan keselamatan negara

Orang ramai berlindung ketika siren serangan udara dibunyikan di Israel selepas Iran melancarkan ratusan peluru berpandu balistik ke arah Israel. – Foto REUTERS

Iran melancarkan serangan peluru berpandu terbaharunya terhadap rejim Israel kerana negara itu tidak mempunyai pilihan lain berikutan kegagalan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), kata Wakil Tetap Misi Iran ke PBB pada Selasa, lapor Sputnik.

“Angkatan Bersenjata Republik Islam Iran melancarkan beberapa siri serangan peluru berpandu terhadap sasaran ketenteraan dan keselamatan rejim Israel,” menurut wakil tetap itu dalam sepucuk surat kepada Presiden Majlis Keselamatan PBB yang dikongsi bersama wartawan.

Menurut wakil tetap itu, adalah dikesali bahawa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) gagal dalam tugas asasnya untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa.

“Kegagalan ini menyebabkan Republik Islam Iran tiada pilihan selain melaksanakan hak sahnya di bawah undang-undang antarabangsa untuk mengambil tindakan yang sah dalam mempertahankan keselamatan negara dan kepentingan pentingnya,” katanya.

Iran menerusi Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) melancarkan lebih 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel pada malam Selasa sebagai tindak balas terhadap pembunuhan pemimpin pejuang yang disokong Tehran, mencetuskan kebimbangan di seluruh wilayah dan ikrar untuk membalas dendam.

Tentera Israel mengumumkan perkara itu selepas kira-kira sejam serangan berkenaan berakhir dengan sejumlah besar peluru berpandu yang pihaknya dakwa berjaya dipintas.

Sebelum ini, tentera Israel mendakwa bahawa Iran mula melancarkan peluru berpandu ke kawasan Palestin yang diduduki rejim itu. – Berita Harian

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Presiden Iran: Serangan Iran terhadap Israel adalah hak sah

Next Post

‘Iron Dome’ makin lemah, gagal tangkis roket Iran

Related Posts