Israel boleh ‘hancur dalam tempoh setahun’ jika perang berterusan

Pesara Mejar Jeneral Israel, Yitzhak Brik memberi amaran bahawa Israel boleh ‘musnah dalam tempoh setahun’ jika perang menentang kumpulan pejuang Palestin Hamas dan gerakan Lubnan, Hizbullah berterusan, lapor Agensi Anadolu.

“Negara (Israel) ini benar-benar menuju ke arah tepi jurang.

“Jika perang terhadap Hamas dan Hizbullah berterusan, Israel akan tumbang dalam tempoh tidak lebih dari setahun,” kata Brik dalam satu pendapat yang diterbitkan akhbar harian Israel, Haaretz.

Tentera Israel telah melancarkan serangan kejam di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober, membunuh hampir 40,300 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan mencederakan lebih 93,100 yang lain.

Serangan itu telah mencetuskan serangan rentas sempadan berbulan-bulan antara Hizbullah dan Israel, di tengah-tengah kebimbangan perang besar antara kedua-dua pihak.

Dalam pada itu, Brik menyatakan dia meragui dakwaan pegawai Israel bahawa Hamas akan menyerah dan pemimpinnya, Yahya Sinwar akan ditangkap.

“Kebanyakan pengisytiharan berlagak yang dibuat oleh Menteri Pertahanan, Yoav Gallant, sepanjang perang di Gaza telah terbukti tidak berasas.

“Dengan pengumuman ini, Gallant, bersama rakan-rakannya, Ketua Staf IDF Herzi Halevi dan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, telah melemparkan debu ke mata orang awam Israel,” katanya.

Jeneral bersara itu berkata, Gallant telah mula menyedari bahawa “konsep kemenangan total di Gaza adalah karut”.

“Nampaknya dia telah mula menyedari bahawa gagal mencapai perjanjian tebusan dengan Hamas akan membawa kepada perang serantau yang akan meletakkan Israel dalam bahaya yang serius,” kata Brik.

Bagi perjanjian pertukaran tebusan dengan Hamas, adalah mustahil untuk mencapai apa yang Israel mahukan dalam perjanjian gencatan senjata, disebabkan syarat baharu yang Netanyahu perkenalkan dalam rundingan berkenaan. 

Selama berbulan-bulan, AS, Qatar dan Mesir telah cuba mencapai persetujuan antara Israel dan Hamas untuk memastikan pertukaran tahanan dan gencatan senjata serta membenarkan bantuan kemanusiaan memasuki Gaza. 

Tetapi usaha pengantaraan telah terhenti kerana Netanyahu enggan memenuhi tuntutan Hamas untuk menghentikan perang.

Israel meneruskan serangan kejamnya di Semenanjung Gaza berikutan serangan Hamas 7 Oktober lalu, walaupun resolusi Majlis Keselamatan PBB menggesa gencatan senjata segera.

Sekatan Israel ke atas Gaza telah menyebabkan kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan yang teruk, menyebabkan sebahagian besar wilayah itu musnah.

Israel dituduh melakukan pembunuhan beramai-ramai di Mahkamah Keadilan Antarabangsa, yang keputusan terbaharunya mengarahkannya menghentikan serta-merta operasi ketenteraannya di bandar selatan Rafah, di mana lebih 1 juta rakyat Palestin telah mencari perlindungan daripada perang sebelum ia diceroboh pada 6 Mei. – Ismaweb

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Hamas, Jihad Islam: Tiada pengunduran Israel, tiada perjanjian gencatan senjata

Next Post

Shin Bet memberi amaran tentang keruntuhan keselamatan Israel

Related Posts