Israel ‘luluskan’ pelan serang Lubnan susulan ketegangan memuncak

Kebakaran marak di sebelah Israel di sempadan Israel-Lubnan berikutan serangan roket dari Lubnan. – Foto REUTERS

Tentera Israel berkata rancangan untuk menyerang Lubnan sudah ‘diluluskan dan disahkan’, susulan pertempuran rentas sempadan dengan Hizbullah meningkat, ketika pertempuran di Gaza reda sedikit.

Perang di Gaza secara tidak langsung meningkatkan ketegangan di seluruh rantau ini, dengan tentera Israel dan Hizbullah yang disokong Iran di Lubnan serta sekutu Hamas, berbalas tembakan hampir setiap hari.

“Rancangan operasi untuk serangan di Lubnan sudah diluluskan dan disahkan ketika komander bertemu untuk penilaian keadaan semasa,” menurut tentera dalam satu kenyataan.

Ia berlaku selepas Menteri Luar Israel, Katz mengancam kemusnahan Hizbullah dalam peperangan yang menyeluruh’.

Amaran terbaru itu dibuat selepas Israel mengumumkan pemberhentian sementara aktiviti ketenteraan setiap hari di bandar paling selatan Gaza, Rafah untuk memudahkan aliran bantuan, bertepatan dengan cuti Aidiladha.

Di tengah Gaza, serangan dilancarkan berhampiran kem pelarian Nuseirat, di mana agensi pertahanan awam berkata sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh.

Sementara itu, Hospital Al-Awda menerima enam mayat dan 15 mangsa yang cedera akibat serangan udara Israel di beberapa kawasan tengah dan selatan Semenanjung Gaza.

Kepulan asap akibat kebakaran selepas serangan roket yang dilancarkan dari selatan Lubnan meletup dekat Kela di Dataran Tinggi Golan. - Foto AFP
Kepulan asap akibat kebakaran selepas serangan roket yang dilancarkan dari selatan Lubnan meletup dekat Kela di Dataran Tinggi Golan. – Foto AFP

Dalam satu kenyataan, tentera Israel berkata, operasinya diteruskan semalaman di tengah dan selatan Gaza termasuk bandar Rafah di sempadan dengan Mesir.

Katz mendakwa, pihaknya kini sedang berusaha untuk mengubah strategi pertempuran bagi menentang Hizbullah dan Lubnan.

Ia berlaku selepas Hizbullah menerbitkan video selama lebih sembilan minit yang menunjukkan rakaman dron yang kononnya diambil oleh pergerakan di utara Israel, termasuk bahagian bandar dan pelabuhan Haifa.

Sementara itu, ketua hak asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Volker Turk, berkata beliau terkejut dengan pengabaian hak asasi manusia antarabangsa dan kematian serta penderitaan yang tidak wajar.

PBB berkata, akses bantuan ke Gaza dihalang dengan teruk oleh pelbagai faktor termasuk ketidakamanan, penutupan titik lintasan ke wilayah itu dan kelewatan prosedur Israel.

“Sejak permulaan operasi ketenteraan Israel di sekitar Rafah pada awal Mei, apabila lintasan penting itu dirampas dan ditutup, “penyampaian bantuan dan akses kemanusiaan semakin merosot,” katanya.

Hamas menuntut pembukaan lintasan Kerem Shalom dan Rafah dengan menuduh Israel dan sekutu rapatnya Amerika Syarikat (AS) menghalang kemasukan bantuan dan makanan sebagai alat untuk lakukan tekanan politik. – Berita Harian

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Perisikan Israel tidak mengendahkan amaran serangan Hamas pada 7 Oktober: Laporan

Next Post

Jurucakap tentera Israel: Hamas adalah ‘ideologi’ yang tidak boleh dikalahkan

Related Posts