Sistem antarabangsa telah rosak, orde baharu dunia amat diperlukan

Pembentukan satu orde baharu dunia yang adil kini menjadi keperluan yang sangat mendesak berikutan kerosakan teruk serta kehilangan kepercayaan global terhadap sistem antarabangsa sedia ada akibat tindakan manipulatif Amerika Syarikat (AS).

Ahli Biro Politik Hamas, Osama Hamdan menegaskan bahawa pentadbiran AS berterusan mencabul undang-undang antarabangsa menerusi sokongan kepada rejim penjajah Israel, manipulasi ekonomi serta pencerobohan tentera di pelbagai tempat seluruh dunia.

Menerusi satu wawancara khas bersama Dunia Palestin bertajuk “Perjuangan Palestin dalam Perubahan Geopolitik Dunia” sempena ulang tahun ketiga Taufan al-Aqsa, beliau memberi amaran bahawa tindakan AS yang bertindak tanpa sebarang akauntabiliti berisiko menjerumuskan dunia ke arah Perang Dunia Ketiga.

Eksploitasi Ekonomi dan Risiko Peperangan Global

Osama memperincikan bagaimana AS merosakkan kestabilan ekonomi dan politik global menerusi manipulasi sumber tenaga, termasuk eksploitasi minyak dan gas di Teluk serta pencabulan sumber di Venezuela. Pada masa sama, AS bertindak menyekat laluan perdagangan utama bagi mengepung kuasa ekonomi seperti China dan Rusia, di samping terus menyemarakkan konflik di Ukraine.

“Masyarakat antarabangsa tidak lagi percaya sistem sedia ada mampu membawa keadilan atau kestabilan. Jika tindakan pentadbiran AS ini berterusan tanpa kawalan, ia bakal membawa dunia ke arah peperangan global baharu yang tidak mampu dibayangkan dampaknya,” kata beliau.

Peranan BRICS, SCO dan Kuasa Baharu

Bagi merintis pembentukan orde baharu dunia secara aman, Osama menuntut penglibatan aktif kuasa-kuasa besar berdikari seperti China dan Rusia.

Beliau turut menyorot peranan penting platform kerjasama dan blok ekonomi baharu seperti BRICS serta Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) sebagai wahana terbaik untuk menstruktur semula orde antarabangsa yang mengutamakan nilai kemanusiaan dan keadilan hakiki.

Bebas Daripada Telunjuk Barat: Inisiatif Mekah & D-8

Dalam konteks dunia Islam dan rantau Timur Tengah, Osama menegaskan bahawa kegagalan sistem antarabangsa sedia ada terbukti apabila rejim penjajah Israel terus bertindak tanpa kawalan sebagai “polis serantau” di bawah naungan penuh Washington.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan pakatan seperti Inisiatif Mekah yang melibatkan Turki, Pakistan, dan Arab Saudi, serta pergerakan D-8 sebagai contoh penting pembentukan imbangan kuasa baharu. Pakatan sedemikian membuktikan keupayaan negara-negara Islam untuk membuat keputusan dan menentukan masa depan rantau mengikut acuan sendiri tanpa tunduk kepada telunjuk kuasa Barat.

Wawancara khas bersama Osama Hamdan boleh ditonton di YouTube Dunia Palestin. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Hamas: Ancaman bunuh oleh Israel tidak akan ubah pendirian teguh kami

Next Post

Gadis kecil ini berjaya diselamatkan dalam kebakaran pangsapuri di Gaza

Related Posts