BDS Malaysia buat laporan polis berhubung 71 kontena menuju Israel

Sumber: BDS Malaysia

BDS Malaysia telah membuat laporan polis berhubung dakwaan kewujudan 71 kontena yang membawa kargo menuju Israel di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Johor.

Dalam kenyataan media hari ini, BDS Malaysia berkata sebahagian besar kontena berkenaan telah tiba di PTP dan dijangka dibawa menggunakan perkhidmatan kargo menuju Israel.

Menurut kumpulan itu, maklumat mengenai kontena berkenaan diperoleh melalui dokumentasi yang disediakan oleh inisiatif No Harbour for Genocide.

BDS Malaysia berkata laporan polis dibuat bagi menggesa pihak berkuasa menyiasat penghantaran kargo berkenaan serta menentukan sama ada ia melibatkan sebarang pelanggaran undang-undang atau dasar Malaysia berkaitan Israel.

Kumpulan itu turut menyuarakan kebimbangan bahawa kewujudan kargo menuju Israel melalui pelabuhan Malaysia boleh menjejaskan pendirian negara dalam menyokong rakyat Palestin.

BDS Malaysia turut merujuk tindakan kerajaan pada 7 Ogos lalu yang menghalang kargo ditujukan kepada Elbit Systems, sebuah syarikat pengeluar senjata Israel, daripada melalui kemudahan pelabuhan Malaysia.

Menurutnya, tindakan berkenaan membuktikan bahawa kerajaan mempunyai keupayaan untuk menghalang kargo yang menuju Israel sekiranya terdapat kemahuan politik dan mekanisme penguatkuasaan yang jelas.

Sehubungan itu, BDS Malaysia menggesa kerajaan mengambil tindakan segera terhadap 71 kontena berkenaan, termasuk menyiasat, menahan atau menyita kargo yang didakwa menuju Israel sekiranya didapati melanggar undang-undang.

Kumpulan itu turut menggesa kerajaan mewujudkan mekanisme usaha wajar bagi memastikan pelabuhan Malaysia tidak digunakan untuk menyediakan perkhidmatan kepada kapal atau kargo yang menuju Israel.

Selain itu, BDS Malaysia meminta tindakan dan penalti dikenakan terhadap mana-mana kapal yang didapati melanggar undang-undang serta peraturan Malaysia berkaitan penghantaran dan pemindahan kargo ke Israel.

BDS Malaysia berkata Malaysia juga perlu menggunakan kedudukannya dalam Hague Group untuk mengambil langkah perundangan dan diplomatik yang diselaraskan berhubung apa yang didakwanya sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh Israel.

Dalam pada itu, BDS Malaysia berkata pihaknya menghargai langkah yang telah diambil kerajaan sebelum ini bagi menghalang kapal dan kargo menuju Israel daripada menggunakan kemudahan pelabuhan Malaysia.

Ia turut menggesa kerajaan memastikan prinsip berkenaan dilaksanakan secara konsisten bagi mengelakkan pelabuhan Malaysia menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan yang menyokong Israel. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Israel bimbang dengan peranan Turki dalam keamanan serantau

Related Posts