Israel tahan Mufti Baitulmaqdis, halang masuk al-Aqsa seminggu

Rejim penjajah Israel pada Jumaat melarang Mufti Besar Baitulmaqdis, Sheikh Mohammed Hussein daripada memasuki perkarangan Masjid al-Aqsa selama seminggu selepas menahannya sejurus selesai solat Jumaat, lapor Anadolu memetik Pentadbiran Baitulmaqdis.

Dalam satu kenyataan, pentadbiran itu berkata tentera penjajah Israel menahan Hussein selepas beliau menyampaikan khutbah Jumaat dan mengimamkan solat di Masjid al-Aqsa.

Menurut kenyataan itu, rejim penjajah Israel kemudian membebaskan Mufti Besar berkenaan selepas mengeluarkan perintah yang melarang beliau memasuki perkarangan masjid selama seminggu.

Terdahulu pada Jumaat, puluhan ribu rakyat Palestin menunaikan solat Jumaat di pekarangan Masjid al-Aqsa.

Tindakan terbaharu itu berlaku ketika tindakan Israel di tapak suci berkenaan semakin meningkat. Dalam laporan yang dikeluarkan pada Ahad, Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Agama Palestin berkata tentera penjajah Israel melakukan 26 pencerobohan ke perkarangan Masjid al-Aqsa sepanjang Jun.

Menurut kementerian itu, seramai 4,212 pendatang Israel memasuki perkarangan masjid melalui Pintu al-Mughrabi pada waktu lawatan pagi dan petang di bawah perlindungan tentera penjajah Israel. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

1,000 hari genosid: Israel ceroboh 80 peratus Gaza, gugur 223,000 tan bom

Next Post

Meshaal: Pemergian Bapa Emir Qatar kehilangan besar Palestin, dunia Islam

Related Posts