Abu Ubaidah: Kita adalah satu umat dan musuh kita adalah satu

Jurucakap Briged al-Qassam, Abu Ubaidah menegaskan bahawa umat Islam adalah satu dan berdepan musuh yang sama, sambil memberi amaran terhadap bahaya perpecahan dalaman ketika rantau Asia Barat berhadapan peningkatan pencerobohan oleh Israel.

Dalam satu kenyataan, beliau menekankan bahawa keangkuhan pakatan Zionis-Amerika wajar menjadi peringatan kepada seluruh umat agar tidak terjerumus dalam konflik sampingan yang boleh melemahkan kekuatan bersama.

“Kita adalah satu umat dan musuh kita adalah satu,” katanya.

Abu Ubaidah berkata peningkatan kempen dan tekanan Zionis terhadap negara-negara serta masyarakat di rantau Asia Barat merupakan petunjuk kepada kelemahan yang akhirnya akan membawa kepada kejatuhan pihak musuh.

Menurutnya, sejarah menunjukkan bahawa peluasan kuasa lazimnya mendahului fasa penyusutan, manakala kesombongan sering menjadi permulaan kepada kehancuran.

Beliau turut menegaskan bahawa serangan berterusan tidak akan mencapai matlamatnya sama ada melalui kekuatan ketenteraan mahupun tekanan politik, selain menyifatkan usaha normalisasi hubungan dengan Israel sebagai ilusi yang tidak berpijak pada realiti.

Abu Ubaidah menambah bahawa rantau Asia Barat sejak sekian lama merupakan kawasan strategik dunia dari segi sumber asli, laluan perdagangan serta kepentingan geopolitik, justeru masa depannya hanya akan ditentukan oleh rakyatnya sendiri.

“Kekayaan dan sumber bumi ini adalah hak mutlak penduduknya, dan tidak akan dapat dirampas oleh mana-mana pihak,” katanya.

Beliau turut menyifatkan gagasan “Israel Raya” sebagai khayalan yang tidak berasaskan realiti sejarah serta mengabaikan hakikat kekuatan masyarakat di rantau tersebut. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Menteri ekstremis Israel serbu Masjid al-Aqsa ketika penutupan berterusan

Next Post

Masjid al-Aqsa dibuka semula selepas penutupan 40 hari oleh Israel

Related Posts