Lintasan Rafah dibuka semula dua hala untuk pejalan kaki mulai hari ini

Pergerakan orang ramai melalui lintasan sempadan Rafah antara Semenanjung Gaza dan Mesir disambung semula pada Isnin secara terhad dan di bawah sekatan ketat, lapor Roya News.

Pembukaan semula itu dibuat dua hari selepas pelanggaran terbaharu oleh Israel yang mengorbankan puluhan nyawa di Gaza, mencetuskan kecaman Kesatuan Eropah serta beberapa negara Arab dan Islam.

Tentera penjajah Israel pada Ahad memaklumkan bahawa mereka telah menyiapkan pembinaan koridor pemeriksaan bagi ketibaan dari Mesir ke Gaza melalui Rafah.

Penyelaras Aktiviti Kerajaan di Wilayah Dijajah berkata fasa pembukaan ini bersifat “eksperimen” dan diselaraskan dengan misi Kesatuan Eropah, Mesir serta pihak berkaitan lain.

Menurutnya, rakyat Palestin yang meninggalkan Gaza semasa perang akan dibenarkan pulang selepas penyelarasan dengan Mesir dan kelulusan keselamatan Israel. Misi Eropah akan menjalankan saringan awal terhadap para pelintas, diikuti prosedur tambahan di sepanjang paksi yang dikawal tentera. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kanak-kanak antara 31 yang dibunuh dalam serangan Israel di seluruh Gaza

Related Posts