Hamas telah menerbitkan dokumen naratif keduanya yang bertajuk “Naratif Kami… Taufan al-Aqsa: Dua Tahun Keteguhan dan Kehendak Pembebasan”, menggariskan pendirian dan tafsiran pergerakan itu terhadap peristiwa Taufan al-Aqsa serta perkembangan perjuangan Palestin sepanjang dua tahun lalu.
Dalam kenyataan yang mengiringi penerbitan dokumen berkenaan, Hamas menyifatkan Taufan al-Aqsa bukan sekadar satu operasi atau peristiwa ketenteraan, sebaliknya sebagai detik kelahiran kesedaran baharu dalam perjuangan rakyat Palestin, yang menurutnya bebas daripada penipuan dan pemalsuan naratif.
Naratif itu turut menekankan bahawa peristiwa berkenaan mencerminkan keteguhan rakyat Palestin serta kehendak berterusan untuk mencapai pembebasan, meskipun berdepan tekanan ketenteraan, politik dan kemanusiaan yang berpanjangan.
Menurut Hamas, dokumen tersebut bertujuan menjelaskan perspektif pergerakan itu kepada masyarakat antarabangsa, di samping merakam pengalaman, pengorbanan dan kesan Taufan al-Aqsa terhadap landskap perjuangan Palestin.
Dokumen penuh “Naratif Kami… Taufan Al-Aqsa: Dua Tahun Keteguhan dan Kehendak Pembebasan” boleh dimuat turun menerusi saluran Telegram Dunia Palestin di pautan ini: t.me/duniapalestin/60154 – Dunia Palestin