Briged Al-Qassam lancar operasi “Tongkat Musa” lawan “Gideon 2”

Sayap ketenteraan Hamas, Briged al-Qassam, mengumumkan pihaknya telah melancarkan siri operasi baharu dinamakan “Tongkat Musa” sebagai tindak balas terhadap operasi ketenteraan rejim penjajah Zionis yang diberi nama “Kereta Gideon 2”.

Menurut sumber kepimpinan al-Qassam yang dipetik oleh Al Jazeera, operasi pertama telah digerakkan di kejiranan al-Zaytoun dan Jabalia, hanya beberapa jam selepas pihak Zionis mengumumkan pelancaran operasi mereka.

Al-Qassam menegaskan operasi “Tongkat Musa” bertujuan menentang pencerobohan baharu yang dilakukan tentera Israel, sambil menambah bahawa operasi akan diteruskan bagi menggagalkan cubaan rejim menguasai kawasan berkenaan.

Pencerobohan darat dan udara oleh tentera Israel ke atas beberapa kawasan di Bandar Gaza dilaporkan semakin meningkat sejak beberapa hari lalu, dengan kejiranan padat penduduk menjadi sasaran serangan. Serangan itu telah menyebabkan pertambahan angka korban serta kemusnahan besar infrastruktur awam. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kenapa Trump tidak layak menerima layanan mesra Malaysia

Next Post

Hamas: 700 hari genosid di Gaza kehinaan terhadap kemanusiaan

Related Posts