Malaysia dan negara Selatan Global diseru bantu mempersenjatai Palestin

Pengarah Asia Middle East Center (AMEC), Dr. Muslim Imran menyeru kerajaan Malaysia dan negara-negara lain di Selatan Global agar bantu mempersenjatai rakyat Palestin, bukannya mendesak mereka untuk melucutkan senjata dan menyerah diri kepada penjajah Zionis.

Dalam kenyataan tegas yang dimuat naik di platform X, beliau menegaskan bahawa sudah tiba masanya negara-negara yang mendukung keadilan bangkit mempertahankan prinsip kemanusiaan.

“Saya dengan rendah hati ingin menyeru kerajaan Malaysia, serta negara-negara lain di Selatan Global, untuk mempersenjatai rakyat Palestin, bukan untuk menyeru mereka melucutkan senjata dan menyerah!” katanya.

Beliau turut membangkitkan keberanian dan solidariti ditunjukkan oleh Yaman, sebuah negara yang berdepan kemiskinan serius namun tetap teguh menyokong perjuangan Palestin.

“Mengapa Yaman yang miskin dari segi ekonomi mampu lulus ujian keberanian dan kemanusiaan ini, sedangkan negara-negara Muslim lain tidak?” soal beliau.

Dr. Muslim merupakan seorang aktivis yang lantang dalam pelbagai forum antarabangsa menyeru solidariti praktikal terhadap Palestin dan menolak tekanan Barat agar pejuang Palestin melucutkan senjata tanpa sebarang jaminan keselamatan dan kemerdekaan sebenar negara Palestin. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

GSPP: Malaysia perlu berpendirian tegas sokong hak Hamas pertahan Palestin

Next Post

Senjata penjajah Zionis sepatutnya dilucutkan, bukan pejuang Palestin

Related Posts