Pasukan Pencegahan Muqawamah tahan pengkhianat di utara Gaza

Pasukan Pencegahan Muqawamah (Radi’) dilaporkan berjaya menahan seorang individu yang disyaki terlibat dengan kumpulan ejen pengkhianat yang melakukan jenayah terhadap penduduk di utara Semenanjung Gaza.

Menurut kenyataan yang disiarkan menerusi saluran rasmi Telegram pasukan itu, penahanan tersebut dilakukan hasil operasi keselamatan yang dijalankan di kawasan berkenaan.

Pasukan Radi’ turut memaklumkan bahawa usaha memburu individu lain yang disyaki bekerjasama dengan pihak musuh masih diteruskan, sambil menegaskan bahawa kejayaan operasi itu juga hasil kewaspadaan serta kerjasama penduduk tempatan.

“Penjejakan terhadap ejen-ejen ini akan terus diteruskan dengan bantuan kewaspadaan dan kerjasama rakyat yang menjadi perisai bagi mempertahankan barisan dalaman,” menurut kenyataan itu.

Dalam masa sama, pasukan berkenaan turut menyeru orang ramai supaya segera melaporkan sebarang kehadiran atau pergerakan individu yang disyaki sebagai anggota kumpulan ejen di kawasan masing-masing.

Seruan itu dibuat bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, dengan pasukan tersebut menegaskan bahawa kerjasama masyarakat penting bagi menggagalkan perancangan pihak penjajah serta melindungi keselamatan dan kestabilan keluarga serta komuniti.

“Kesedaran rakyat adalah jaminan untuk menggagalkan perancangan penjajah dan alat-alatnya,” menurut kenyataan itu lagi. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Israel dilaporkan akan terus tutup Masjid al-Aqsa selepas Aidilfitri

Next Post

Tentera Israel seksa kanak-kanak di Gaza untuk paksa pengakuan bapa

Related Posts