Israel terus tutup Masjid al-Aqsa ketika 10 malam terakhir Ramadan bermula

Israel terus menutup Masjid al-Aqsa untuk hari ke-12 berturut-turut, dengan alasan serangan yang sedang berlangsung terhadap Iran, sekali gus menghalang para jemaah daripada memasuki tapak suci tersebut ketika 10 malam terakhir Ramadan bermula.

Menurut Quds News, langkah ini disebut oleh rakyat Palestin sebagai “peningkatan konflik yang belum pernah berlaku sebelum ini”, apabila buat pertama kali sejak Baitulmaqdis dijajah pada tahun 1967, solat Tarawih dan ibadah iktikaf telah dilarang di masjid itu.

Gabenor Baitulmaqdis Palestin melaporkan bahawa tentera penjajah Israel menghalang para jemaah daripada memasuki masjid tersebut dengan alasan keadaan darurat.

Pasukan tentera itu mengekalkan kehadiran keselamatan yang besar di sekitar pintu-pintu masjid dan di seluruh Kota Lama, sekali gus menghalang akses ke halaman Masjid al-Aqsa.

Tentera penjajah Israel pada awalnya telah menutup sepenuhnya Masjid Al-Aqsa pada pagi Sabtu, memaksa para jemaah meninggalkan kawasan masjid dan menghalang pelaksanaan solat Isyak serta Tarawih, hanya beberapa jam selepas serangan Israel-Amerika Syarikat terhadap Iran bermula. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Garis panduan agar tidak melampau dalam menilai konflik Iran–Israel

Next Post

Hamas: Israel ambil kesempatan perang Iran ancam Masjid al-Aqsa

Related Posts