Israel berterusan tutup Masjid al-Aqsa, larang solat Jumaat

Pentadbiran Awam Israel telah melarang solat Jumaat di Masjid al-Aqsa, dalam siri sekatan terbaharu yang dikenakan Israel di tapak suci ketiga umat Islam itu sejak bermulanya bulan suci Ramadan.

Ketua Pentadbiran Awam, Brigedier Jeneral Hisham Ibrahim, berkata pada Khamis melalui platform tentera Israel Al Munasiq bahawa keputusan itu diambil susulan Iran melancarkan serangan balas terhadap “Israel dan seluruh rantau”.

“Semua tapak suci di Kota Lama Baitulmaqdis, termasuk Tembok Barat, Temple Mount, dan Gereja Holy Sepulchre, akan kekal ditutup esok, dan para penganut serta pengunjung daripada semua agama tidak akan dibenarkan masuk,” kata ketua badan pentadbiran Israel di Tebing Barat yang dijajah itu. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Israel terus sekat bekalan perlindungan ketika Gaza terdedah ancaman banjir

Next Post

Briged al-Qassam seru umat Islam bersatu gagalkan agenda Israel Raya

Related Posts