Pasukan Pencegahan Muqawamah (Radi’) berjaya menggagalkan cubaan serangan oleh sekumpulan ejen pengkhianat yang didakwa bertujuan mencetuskan permusuhan dan ketegangan keselamatan, menurut sumber kepimpinan pasukan berkenaan.
Dalam satu kenyataan, sumber itu berkata operasi pencegahan yang dijalankan oleh pasukan Radi’ telah mengakibatkan kerugian kepada kumpulan terbabit, termasuk kematian dan kecederaan di pihak mereka.
Sumber berkenaan turut menegaskan bahawa kumpulan ejen pengkhianat tersebut bergerak atas arahan langsung pegawai perkhidmatan perisikan Israel, Shin Bet, serta tentera penjajah Israel.
Sehubungan itu, pihak muqawamah menyeru orang ramai agar terus bekerjasama dalam usaha mengesan dan membongkar rangkaian ejen pengkhianat, dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kepada pihak berkenaan. – Dunia Palestin