Sokongan politik, media terhadap Gaza perlu terus diperkukuh

Ketua Hamas di Luar Negara, Khaled Meshaal menyeru agar sokongan politik, media dan kemanusiaan terhadap Gaza tidak terhenti, sebaliknya terus diperkukuh bagi memastikan penderitaan rakyat Palestin kekal mendapat perhatian dunia.

Dalam satu rakaman video yang dikongsikan di media sosial, beliau menegaskan bahawa solidariti antarabangsa memainkan peranan penting dalam menyokong keteguhan rakyat Gaza yang berdepan genosid serta kemusnahan berterusan akibat serangan Israel.

Meshaal turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan dan rakyat Turkiye atas pendirian konsisten dan sokongan berterusan terhadap Palestin, termasuk melalui perhimpunan awam, usaha kemanusiaan dan sokongan politik di peringkat antarabangsa.

Beliau menekankan bahawa isu Palestin bukan sekadar konflik wilayah, sebaliknya isu kemanusiaan sejagat yang menuntut keadilan dan pendirian tegas masyarakat antarabangsa.

Dalam pada itu, Meshaal menegaskan perjuangan rakyat Palestin akan terus diteruskan meskipun berdepan tekanan dan keganasan, sambil menyeru semua pihak agar tidak berdiam diri terhadap apa yang berlaku di Gaza. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Hamas kecam pencerobohan Amerika terhadap Venezuela

Next Post

Bekas ketua tentera beri amaran Israel hadapi kegagalan strategik

Related Posts