Hamas rakam takziah kesyahidan pimpinan, ikrar teruskan perjuangan

Hamas pada Isnin mengeluarkan kenyataan takziah atas kesyahidan sekumpulan pemimpin kanan ketenteraannya, sambil menegaskan bahawa pemergian mereka hanya akan mengukuhkan lagi tekad perjuangan.

Gerakan itu mengumumkan kesyahidan beberapa pemimpin ketenteraan utama daripada Briged al-Qassam yang dibunuh dalam pertempuran Taufan al-Aqsa yang diberkati, dan dalam usaha mempertahankan Palestin, rakyatnya, tanahnya dan tempat-tempat sucinya, antaranya:

  • Muhammad al-Sinwar – Panglima Briged al-Qassam
  • Muhammad Shabana – Komander Briged Rafah
  • Hakam al-Eissa – Komander Senjata dan Perkhidmatan Tempur
  • Raed Saad – Komander Pembuatan Ketenteraan
  • Huzaifah al-Kahlout (Abu Ubaidah) – Komander Media Ketenteraan dan Jurucakap Briged al-Qassam

Hamas menegaskan bahawa kehilangan tersebut tidak akan mengubah haluan perjuangannya. “Jenayah penjajah Zionis yang membunuh para pemimpin tidak akan berjaya mematahkan kehendak kami, kekuatan dan keberanian pejuang kami, serta tidak akan menghalang kami daripada meneruskan jalan perjuangan,” menurut kenyataan gerakan itu.

Gerakan itu turut berikrar bahawa ia “akan terus berpegang teguh pada prinsip-prinsipnya, setia kepada darah dan pengorbanan para syuhada yang suci, sehingga memperoleh sepenuhnya hak-hak nasional kami,” dengan matlamat utama penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negaranya. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Abu Ubaidah: Pejuang bertopeng yang menggentarkan Israel

Next Post

520,000 berarak di Jambatan Galata Istanbul untuk menyokong Palestin

Related Posts