Hamas akan mengadakan pilihan raya untuk lantik pemimpin baharu

Hamas dijangka akan memilih ketua baharu bagi biro politiknya dalam tempoh beberapa hari atau minggu akan datang, menurut sumber dalaman pergerakan itu yang dipetik oleh akhbar Arab Saudi, Asharq al-Awsat.

Langkah itu bertujuan mengisi kekosongan jawatan susulan kematian Yahya Sinwar, ketua biro politik sebelum ini, yang terbunuh pada Oktober 2024 semasa pertempuran dengan pasukan penjajah Israel di Rafah.

Proses pemilihan dijangka bermula minggu hadapan atau dalam sepuluh hari pertama Januari 2026, menandakan usaha untuk memulihkan kestabilan dalaman ketika pergerakan itu berdepan pelbagai cabaran berterusan.

Sinwar mengambil alih jawatan tersebut selepas pembunuhan Ismail Haniyeh di Tehran pada Julai 2024 oleh Israel. Kematian Haniyeh, bersama timbalannya Saleh al-Arouri di Lubnan pada Januari 2024, menandakan siri kehilangan tokoh utama Hamas sepanjang serangan Israel selama dua tahun ke atas Semenanjung Gaza.

Pilihan raya akan datang akan dilaksanakan mengikut protokol dan amalan dalaman Hamas yang sedia ada, secara musyawarah dalam kalangan anggotanya. Seorang timbalan kepada ketua baharu juga mungkin dipilih serentak atau tidak lama selepas itu.

Majlis kepimpinan semasa yang menerajui pergerakan itu akan terus berfungsi sebagai penasihat sehingga tamat tempohnya pada 2026, mengurus hal ehwal dalaman dan luaran tanpa mengadakan pemilihan penuh biro politik pada peringkat ini.

Calon utama termasuk Khalil al-Hayya dan Khaled Meshaal, dengan al-Hayya dilaporkan mempunyai kelebihan berikutan pengaruhnya di Gaza serta penglibatannya dalam operasi di Tebing Barat.

Menurut laporan itu, kedua-duanya mempunyai pendekatan berbeza berkaitan pengunduran Israel dari Gaza. Hayya dilihat lebih rapat dengan Iran dan menyokong penerusan pertempuran menentang Israel sehingga pengunduran sepenuhnya berlaku. Meshaal pula dilihat lebih rapat dengan Qatar dan dikatakan cenderung kepada “kompromi melalui rundingan untuk menamatkan penjajahan Gaza.”

Sekiranya al-Hayya terpilih, pengganti bagi jawatannya sekarang sebagai ketua biro Gaza akan dilantik, berkemungkinan daripada dalam Semenanjung Gaza sendiri. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Israel di kedudukan terakhir Indeks Reputasi Global untuk tahun kedua

Related Posts