20 tahanan Israel ditukar dengan 2,000 tahanan Palestin dalam fasa pertama

Hamas mengumumkan bahawa pihaknya akan menukar 20 tahanan Israel yang masih hidup dengan hampir 2,000 tahanan Palestin sebagai sebahagian daripada fasa pertama perjanjian yang bertujuan menamatkan perang di Gaza, menurut sumber dalam pergerakan itu kepada AFP pada Khamis.

Pertukaran tersebut dijangka berlangsung dalam tempoh 72 jam selepas pelaksanaan perjanjian itu. Sumber berkenaan menambah bahawa perjanjian tersebut merangkumi pembebasan 250 tahanan Palestin yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup serta 1,700 lagi yang ditangkap oleh rejim Zionis sejak genosid bermula pada 7 Oktober 2023.

Fasa pertama gencatan senjata antara Israel dan Hamas dijadualkan ditandatangani pada Khamis di Mesir sekitar jam 9.00 pagi GMT, menurut sumber yang mengetahui perjanjian tersebut. Satu lagi sumber, yang enggan dikenali, mengesahkan bahawa majlis tandatangan rasmi akan berlangsung sekitar tengah hari waktu tempatan Mesir.

Pengumuman itu dibuat susulan pengesahan Presiden AS Donald Trump bahawa kedua-dua pihak telah bersetuju dengan fasa awal pelan damai yang dikemukakannya, yang bertujuan menghentikan pertempuran di Gaza dan memudahkan pembebasan para tahanan. – Roya News/Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Hamas umum perjanjian henti perang dan pengunduran Israel dicapai

Next Post

Gabungan NGO seru rakyat Malaysia turun bantah Trump 26 Oktober ini

Related Posts