Hamas: Rakyat Palestin terus sumud menentang penempatan haram

Gerakan Hamas menegaskan bahawa rakyat Palestin akan terus menunjukkan sumud (keteguhan) serta meneruskan perjuangan menentang dasar penempatan haram rejim Zionis yang semakin meluas di Tebing Barat.

Pemimpin Hamas, Mahmoud Mardawi, berkata peningkatan aktiviti penempatan haram oleh kerajaan ekstremis Israel merupakan dasar terancang untuk merampas lebih banyak tanah Palestin dan mewujudkan realiti baharu pengyahudian di lapangan.

Beliau mendedahkan bahawa rejim Zionis telah menubuhkan 117 pos penempatan haram baharu sejak 7 Oktober 2023, sekali gus memperlihatkan agenda penjajahan Israel yang semakin agresif dan melanggar undang-undang antarabangsa.

“Peluasan penempatan haram ini disertai peningkatan serangan ketenteraan di seluruh wilayah Tebing Barat termasuk serbuan, penangkapan, perobohan rumah, perampasan harta serta sekatan ketat terhadap bandar, kampung dan kem perlindungan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Mardawi menegaskan bahawa tindakan tersebut adalah sebahagian daripada dasar apartheid menyeluruh yang bertujuan mengusir penduduk asal Palestin dan mengosongkan tanah mereka.

Beliau menambah bahawa segala bentuk kezaliman dan projek penjajahan itu tidak akan mematahkan semangat rakyat Palestin.

“Rakyat kami akan terus sumud dan berjuang menentang penempatan haram dan pencerobohan. Semua rancangan penjajahan akan hancur di hadapan keteguhan rakyat Palestin yang berpegang kepada tanah air dan identiti mereka,” tegasnya. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Al-Hayya: Kesyahidan anak-anak kami jalan menuju pembebasan

Next Post

Jihad Islam Palestin tegaskan kesatuan perjuangan pembebasan

Related Posts