Hamas setuju gencatan senjata, teknokrat Palestin tadbir Gaza

Gerakan Perjuangan Islam (Hamas) pada Jumaat mengumumkan persetujuan terhadap cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, termasuk pelaksanaan gencatan senjata, pembebasan tahanan serta penyerahan pentadbiran Gaza kepada sebuah badan teknokrat Palestin.

Dalam kenyataan rasmi, Hamas menegaskan langkah itu diambil demi menghentikan perang dan genosid yang sedang menimpa penduduk Gaza, selain memastikan kepentingan dan hak rakyat Palestin terus terjamin.

“Hamas menghargai usaha Arab, Islam dan antarabangsa serta inisiatif Presiden Amerika Syarikat yang menyeru penghentian perang ke atas Gaza, kemasukan segera bantuan kemanusiaan, pertukaran tahanan, penolakan penjajahan dan pengusiran rakyat Palestin dari tanah air mereka,” menurut kenyataan itu.

Hamas turut mengumumkan kesediaan untuk membebaskan semua tahanan Israel, sama ada yang hidup atau mayat, berdasarkan mekanisme pertukaran yang terkandung dalam cadangan Trump, dengan syarat wujud keadaan lapangan yang sesuai bagi pelaksanaan proses itu.

Selain itu, Hamas menegaskan persetujuan untuk menyerahkan pentadbiran Gaza kepada sebuah badan Palestin bebas yang terdiri daripada teknokrat, dengan asas kesepakatan nasional serta sokongan Arab dan Islam.

Bagaimanapun, Hamas menekankan bahawa isu-isu lain berkaitan masa depan Gaza dan hak rakyat Palestin hanya akan diputuskan menerusi kerangka kebangsaan Palestin secara menyeluruh, berpandukan undang-undang serta resolusi antarabangsa, di mana Hamas akan turut serta menyumbang dengan penuh tanggungjawab. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tun Mahathir: Cadangan Trump bukan tawaran damai, hanyalah ugutan

Next Post

Hamas tolak campur tangan asing, Gaza hanya boleh ditadbir Palestin

Related Posts