Hamas: Rakyat Palestin tidak akan membenarkan pengusiran Gaza

Pemimpin Hamas, Dr. Sami Abu Zuhri menegaskan bahawa rakyat Palestin di Gaza tidak akan membenarkan sebarang percubaan untuk mengusir mereka dari tanah air, susulan kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Menurut Abu Zuhri, kenyataan Trump yang mendakwa bahawa penduduk Gaza tidak mempunyai pilihan selain meninggalkan wilayah itu adalah satu usaha yang hanya akan mencetuskan ketegangan di rantau ini.

“Kami menolak kenyataan Trump dan menganggapnya sebagai formula untuk mencipta kekacauan serta ketidakstabilan di kawasan ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa penyelesaian kepada konflik ini bukanlah dengan mengusir rakyat Palestin, sebaliknya dengan menamatkan penjajahan dan serangan berterusan terhadap mereka. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Trump: Amerika akan ambil alih Gaza untuk ‘pembangunan’

Next Post

Pemulangan pendatang Zionis adalah penyelesaian isu Palestin

Related Posts