Jurucakap Briged Al-Qassam, Abu Ubaidah menerbitkan mesej ringkas di saluran Telegramnya pada Jumaat dengan berkata bahawa Briged Al-Qassam berikrar taat setia kepada Panglima Mujahid Yahya Sinwar dan menyatakan kesediaan penuh mereka untuk melaksanakan keputusan beliau.
Abu Ubaidah menambah dalam mesejnya, “Briged Al-Qassam percaya bahawa pemilihan beliau sebagai ketua pergerakan untuk menggantikan panglima kami al-Syahid Mujahid Ismail Haniyeh, adalah bukti kemantapan, perpaduan dan kekuatan pergerakan ini, dengan izin Allah Ta’ala.”
Untuk hari ke-308 berturut-turut, Briged Al-Qassam terus berhadapan dengan tentera Zionis yang menembusi beberapa kawasan di Semenanjung Gaza, yang sehingga kini telah mengakibatkan kematian ratusan pegawai dan askar Zionis dan mencederakan puluhan ribu yang lain, di samping berjaya memusnahkan sepenuhnya atau sebahagian daripada ratusan kenderaan mereka. – Dunia Palestin