Timbul kembali fitnah naratif Zionis yang mengatakan pimpinan Hamas bersenang lenang di Qatar termasuk Dr. Khalil al-Hayya. Lebih malang diungkapkan oleh sebahagian asatizah.
Bacalah tulisan Syeikh Mustafa al-Azap:
Khalil al-Hayya Abu Usamah
Seorang tokoh kanan dalam Gerakan Hamas.
Apakah yang telah disumbangkan oleh Khalil al-Hayya?
● Beliau dipenjarakan selama tiga tahun pada awal tahun 1990-an.
● Israel telah cuba membunuhnya beberapa kali. Cubaan pertama pada tahun 2007 gagal apabila beliau tidak berada di lokasi serangan, namun tujuh ahli keluarganya terbunuh dalam serangan tersebut.
● Israel cuba sekali lagi pada tahun 2014 semasa perang ke atas Gaza tetapi gagal, dan beberapa lagi ahli keluarganya terbunuh.
● Beliau telah kehilangan 30 orang ahli keluarganya, 21 sebelum bermulanya operasi “Taufan al-Aqsa”, dan 9 lagi semasa operasi tersebut, termasuk cucunya yang masih kecil, Muhammad Izz Khalil al-Hayya.
● Anak lelakinya yang juga pejuang, Usamah Khalil al-Hayya, syahid dalam satu serangan pengecut oleh tentera penjajah Israel, beliau terbunuh bersama isteri dan tiga orang anak mereka.
● Seorang lagi anaknya, Hamzah Khalil al-Hayya, terbunuh dalam satu operasi jihad pada tahun 2008 ketika sedang bertempur di jalan Allah.
Dalam ucapannya selepas kesyahidan beberapa anggota keluarganya dalam pembantaian di Hayy al-Shuja’iyyah hari ini, beliau berkata:
“Kami menjanjikan kemenangan yang gemilang, dan darah anak-anakku dari keluarga al-Hayya, serta keluarga-keluarga di Shuja’iyyah dan seluruh rakyat Palestin, tidak akan sia-sia, malah ia akan mendekatkan kita kepada saat kemenangan.”
Kemudian muncul seekor babi yang bertanya mengapa Khalil al-Hayya tidak masuk ke Gaza bersama bantuan.
Lalu muncul pula si keldai lain yang berkata bahawa beliau tinggal di istana mewah di Doha sambil membiarkan rakyat Gaza mati kebuluran, dan masih terus terdengar lolongan yang bermula sejak bermulanya Taufan dan tidak berakhir hingga kini:
“Hamas bersembunyi dalam terowong dan meninggalkan rakyat Gaza menghadapi kematian.”
Wahai orang-orang munafik, wahai para penakut, wahai yang menggugurkan semangat, wahai Zionis berlidah Arab: Tidakkah cukup bagi kalian bahawa hampir semua pimpinan pejuang telah syahid di barisan hadapan, mara dan tidak berpaling?
Tidakkah cukup bagi kalian bahawa Khalil al-Hayya telah mengorbankan 30 orang ahli keluarganya?
Tidakkah kalian tahu peranan penting yang dipikulnya, bahawa beliau merupakan orang yang bertanggungjawab dalam urusan rundingan?
Adakah kalian mampu memasukkan beliau ke Gaza? Jika kalian mampu, tentu kalian juga mampu memasukkan seteguk air atau secebis roti kepada anak kecil yang sedang mati kelaparan.