Ikhwan Muslimin seru tolak projek Zionis, jaga keselamatan serantau

Gerakan Ikhwan Muslimin menyeru penolakan terhadap projek Zionis yang dianggap sebagai ancaman terbesar kepada dunia Arab dan Islam, di samping menekankan kepentingan menjaga keselamatan negara-negara di rantau Asia Barat susulan perang yang sedang berlaku melibatkan Iran.

Dalam satu kenyataan rasmi, Pemangku Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Dr. Solah Abdul Haq menegaskan bahawa projek Zionis merupakan ancaman paling besar berbanding projek-projek lain yang bersaing di rantau Asia Barat kerana ia menyasarkan penguasaan politik serta ekonomi dunia Arab dan Islam.

“Jika diteliti pelbagai projek yang bersaing di rantau ini yang menyasarkan umat dan dunia Arab serta Islam, maka projek Zionis adalah yang paling berbahaya dan paling besar mudaratnya,” katanya dalam kenyataan itu.

Ikhwan Muslimin turut menyifatkan Iran sebagai sebuah negara yang sedang diserang dan mempunyai hak, dari sudut syarak dan undang-undang antarabangsa, untuk mempertahankan diri daripada pencerobohan tersebut.

Dalam masa sama, gerakan itu menekankan keperluan untuk memastikan keselamatan negara-negara di rantau tersebut yang menolak peperangan berkenaan, termasuk negara-negara Teluk, Jordan, Syria, Iraq dan Turkiye.

Menurut kenyataan itu lagi, sebarang serangan terhadap negara-negara tersebut perlu ditolak sepenuhnya tanpa mengira alasan yang diberikan.

Ikhwan Muslimin juga menyeru negara-negara serta kuasa antarabangsa yang menyokong keamanan agar bertindak segera bagi menghentikan perang tersebut, yang disifatkan sebagai berpotensi menjejaskan keselamatan dan keamanan antarabangsa serta menyebabkan kerugian besar kepada ekonomi global.

Gerakan itu turut menyatakan komitmen untuk berdiri bersama negara dan rakyat di rantau tersebut dalam menghadapi projek-projek yang dianggap merosakkan, serta berusaha menggagalkannya demi kebangkitan umat Islam. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Trump berdepan kekalahan strategik, Perang Iran ubah landskap Asia Barat

Next Post

Israel dilaporkan akan terus tutup Masjid al-Aqsa selepas Aidilfitri

Related Posts