Hamas kecam pencerobohan Amerika terhadap Venezuela

Hamas mengecam sekeras-kerasnya tindakan pencerobohan Amerika Syarikat terhadap Venezuela, termasuk dakwaan penculikan Presiden Nicolás Maduro dan isterinya, yang disifatkan sebagai pelanggaran serius terhadap undang-undang antarabangsa.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Hamas menegaskan tindakan tersebut merupakan serangan langsung terhadap kedaulatan sebuah negara merdeka dan mencerminkan kesinambungan dasar-dasar Amerika Syarikat yang zalim serta campur tangan berunsur imperialisme.

Menurut kenyataan itu, dasar dan campur tangan sedemikian telah menyebabkan beberapa negara terjerumus ke dalam konflik berpanjangan, serta menimbulkan ancaman langsung terhadap keamanan dan keselamatan antarabangsa.

Sehubungan itu, Hamas menyeru masyarakat antarabangsa, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan institusi-institusinya, khususnya Majlis Keselamatan PBB, supaya mengambil langkah tegas bagi mengekang dasar agresif Washington serta menghentikan segera sebarang serangan ketenteraan ke atas wilayah Venezuela. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

520,000 berarak di Jambatan Galata Istanbul untuk menyokong Palestin

Next Post

Sokongan politik, media terhadap Gaza perlu terus diperkukuh

Related Posts