Palestin isu akidah umat Islam sejagat, bukan sekadar kemanusiaan

Tokoh perubatan dan aktivis kemanusiaan, Prof. Dr. Zainur Rashid Zainuddin menegaskan bahawa konflik di Palestin bukan sekadar isu kemanusiaan, sebaliknya berkait rapat dengan soal akidah dan umat Islam sejagat.

Dalam satu hantaran di saluran Telegramnya, beliau menyatakan teguran terhadap segelintir pemimpin politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengatakan konflik di Palestin hanyalah isu kemanusiaan semata-mata.

“Bagaimana mungkin gabungan Rabbi Yahudi di Tel Aviv bersetuju menandatangani serangan ketenteraan ke atas hospital dan rakyat Gaza dikatakan hanya sebagai konflik kemanusiaan?” soalnya.

Beliau turut mempersoalkan tindakan kumpulan doktor perubatan di Tel Aviv yang dilaporkan menyokong seruan rejim Zionis untuk mengebom hospital dan klinik di Gaza.

Mengulas lanjut, Prof. Dr. Zainur Rashid menarik perhatian terhadap rancangan kerajaan Israel yang diterajui Benjamin Netanyahu dan parti-parti gabungannya untuk mempercepatkan pembinaan ‘Jewish Temple’ di atas runtuhan Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis.

“Bukankah Netanyahu telah mengisytiharkan peta baharu Timur Tengah di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada September 2023? Bukankah jelas peperangan ini juga bertujuan untuk pembersihan etnik, pembinaan Israel Raya dan pengyahudian Baitulmaqdis?” katanya.

Menurut beliau, semua tindakan tersebut membuktikan bahawa apa yang berlaku di Gaza bukanlah sekadar isu kemanusiaan, tetapi juga satu serangan terhadap identiti, akidah dan tanah suci umat Islam.

Prof. Dr. Zainur Rashid mempunyai pengalaman luas dalam misi kemanusiaan sejak tahun 2001 dan telah mengetuai pelbagai misi di dalam dan luar negara, termasuk ke Palestin, Lubnan, Syria, Bangladesh, Afghanistan, Aceh, Sulawesi dan Thailand. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Hamas, PIJ, PLFP sepakat tolak campur tangan asing dalam pentadbiran Gaza

Next Post

Wasiat akhir Saleh al-Jafarawi, wartawan Gaza yang syahid

Related Posts