Mufti Libya kecam ‘penyelesaian dua negara’, seru tindakan ketenteraan

Mufti Libya, Dr. al-Sadiq al-Ghariani menyifatkan penyelesaian dua negara sebagai slogan kosong yang telah berulang kali digunakan oleh pemimpin Arab sejak lebih dua dekad lalu, meskipun mereka mengetahui bahawa ia tidak wujud dalam realiti.

Menurut beliau, penumpuan terhadap isu tersebut pada ketika ini hanyalah helah untuk mengalih perhatian masyarakat antarabangsa serta meredakan kemarahan yang semakin memuncak di Eropah terhadap jenayah yang dilakukan rejim Zionis.

“Fokus kepada penyelesaian dua negara ketika ini hanya akan membantu dan melindungi Zionis daripada tekanan dunia. Mereka yang memimpin wacana ini lebih wajar membuka sempadan dan membenarkan masuk bantuan kemanusiaan bagi menyelamatkan rakyat yang kelaparan serta menghentikan pembunuhan beramai-ramai dan pembersihan etnik,” katanya dalam satu kenyataan.

Al-Ghariani turut menekankan bahawa kenyataan kecaman atau kutukan semata-mata sudah tidak lagi memberi kesan kerana musuh hanya tunduk kepada kekuatan.

“Seruan yang diperlukan sekarang ialah agar institusi ulama dan badan fatwa menyeru kepada campur tangan ketenteraan bagi menyelamatkan mereka yang sedang kebuluran di Gaza, dan menggerakkan rakyat untuk menentang pihak yang menghalang bantuan tersebut,” katanya.

Tambah beliau, campur tangan ketenteraan bagi menyelamatkan mereka yang terkepung bukan sahaja dituntut secara syarie berdasarkan Surah al-Anfal ayat 72, malah turut dibenarkan oleh undang-undang antarabangsa dan piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atas dasar kemanusiaan. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Senjata penjajah Zionis sepatutnya dilucutkan, bukan pejuang Palestin

Next Post

Netanyahu putuskan untuk menjajah sepenuhnya Semenanjung Gaza

Related Posts