Dunia Palestin melancarkan e-komik eksklusif bertajuk Yahya Sinwar: Pemuda yang Kuat Keazaman Islam, yang mengisahkan perjalanan hidup pemimpin pejuang Palestin, Al-Syahid Yahya Sinwar, berdasarkan penceritaan sahabat baiknya, Dr. Ma’mun Abu Amer.
Menerusi kenyataan pada Ahad, Dunia Palestin memaklumkan bahawa e-komik itu membawa pembaca menelusuri kisah perjuangan Yahya Sinwar dan rakan-rakannya pada zaman muda dalam bentuk ilustrasi menarik.
“E-komik ini bertujuan untuk mendekatkan masyarakat, khususnya generasi muda dengan sejarah perjuangan rakyat Palestin melalui medium yang lebih interaktif”, menurut kenyataan itu.
Dunia Palestin turut mengajak orang ramai membaca e-komik ini bersama keluarga bagi memahami lebih mendalam kisah perjuangan Palestin.
E-komik Yahya Sinwar kini boleh didapati melalui duniapalestin.com dengan harga RM5. – Dunia Palestin
Cerita menarik.. cuma tiba2 bersambung pulak.. huhu.. semoga dapat terus berkarya untuk menyampaikan sejarah pejuang2 Palestine.
Sebuah komik yang bagus!
Memberikan kefahaman tentang semangat dakwah islam, kecintaan terhadap agama dan negara.
Keperibadian dan kepahlawanan islam YS terserlah sejak remaja lagi.
Teruskan memberi manfaat buat kami.
Terima kasih, Dunia Palestin
Assalamualaikum. Alhamdulillah, Terima kasih kepada pihak DP kerana telah menghasilkan komik SUPERHERO sebenar. Sangat penting untuk memupuk minat generasi anak-anak sekarang mengenali, mengetahui dan mencintai susuk diri superhero sebenar agar dapat menjadikan mereka sebagai idola ikutan. Alhamdulillah, anak-anak saya sangat meminati komik ini. Semoga akan ada lagi karya2 sebegini untuk mendidik jati diri anak-anak sedari kecil tentang erti sebenar seseorang SUPERHERO. Terima kasih.