Al-Sharaa: Penjenayah perang Syria akan dibawa ke muka pengadilan

Komander Pentadbiran Operasi Ketenteraan Revolusi Syria, Ahmad Al-Sharaa menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dalam usaha membawa pihak yang terlibat dalam jenayah terhadap rakyat Syria ke muka pengadilan, termasuk pegawai keselamatan dan tentera yang bertanggungjawab melakukan penyeksaan.

Dalam kenyataan yang dimuat naik di saluran Telegram rasmi Pentadbiran Operasi Ketenteraan Revolusi Syria, beliau berkata tindakan tegas akan diambil terhadap penjenayah perang yang kini bersembunyi di negara lain.

“Kami akan menjejaki mereka dan menuntut agar mereka diserahkan kepada pihak berkuasa untuk menerima hukuman yang setimpal,” katanya.

Menurut Al-Sharaa, senarai pertama nama individu berprofil tinggi yang terlibat dalam penyeksaan rakyat Syria akan diumumkan tidak lama lagi. Sebagai langkah tambahan, pihaknya juga akan menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang memberikan maklumat berkaitan pegawai tentera dan keselamatan yang terbabit dalam jenayah perang.

“Kami menegaskan komitmen kami terhadap toleransi, khususnya kepada mereka yang tidak terlibat secara langsung dalam pertumpahan darah rakyat Syria. Pengampunan telah diberikan kepada individu yang hanya menjalankan perkhidmatan wajib ketenteraan,” tambahnya lagi.

Beliau turut menekankan bahawa darah syuhada dan hak-hak tahanan adalah amanah yang tidak akan dibiarkan sia-sia atau dilupakan.

Kenyataan tersebut mencerminkan usaha berterusan Pentadbiran Operasi Ketenteraan Revolusi Syria untuk menuntut keadilan bagi mangsa konflik Syria yang berlarutan sejak lebih satu dekad. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Israel: Dataran Tinggi Golan milik kami buat selama-lamanya

Next Post

Israel ambil langkah elak timbul ancaman selepas kejatuhan Assad

Related Posts