Israel rekrut pelarian Afrika, janji status penempatan tetap

Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.

Pegawai pertahanan memberitahu Haaretz bahawa projek itu dijalankan di bawah bimbingan penasihat undang-undang badan pertahanan dengan cara teratur.

Terdapat kira-kira 30,000 pencari suaka Afrika di Israel yang berdepan tekanan meningkat daripada ahli politik anti-imigran, termasuk Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang sering merujuk mereka sebagai “penyusup”.

Seorang lelaki ditemu bual Haaretz yang akhirnya memilih untuk tidak menyertai tentera menceritakan kisahnya didekati pegawai keselamatan untuk melibatkannya dalam peperangan.

Pegawai itu menjelaskan selepas tempoh latihan dua minggu, dia akan dikerahkan bersama pencari suaka lain.

“Saya bertanya, ‘apa yang saya dapat?’ walaupun sebenarnya saya tidak mencari apa-apa.

“Tetapi kemudian dia memberitahu saya: ‘Jika awak ikut jalan ini, awak boleh menerima dokumen daripada negara Israel.’ Dia meminta saya menghantar salinan fotokopi kad pengenalan saya dan berkata dia akan menguruskan perkara itu,” kata lelaki dikenali sebagai A dipetik Middle East Eye.

Menurut Haaretz, tiada seorang pun pencari suaka yang menyertai usaha perang itu telah diberikan status rasmi setakat ini dan sumber pertahanan menyatakan isu etika berkaitan perekrutan pencari suaka belum ditangani.

Laporan itu menyebut pencari suaka digunakan dalam pelbagai operasi, memetik sumber ketenteraan.

Haaretz juga melaporkan “cara bagaimana tentera Israel mengerahkan pencari suaka dilarang untuk diterbitkan” kerana sekatan yang dikenakan penapisan tentera Israel. – The Merdeka Times

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Houthi lancar peluru berpandu hipersonik “Palestine 2”

Next Post

Debat mengakhiri pendudukan haram Israel di Palestin dibawa ke UNGA

Related Posts