Israel bunuh 5 rakyat Palestin, korban genosid di Gaza cecah 73,928 orang

Kementerian Kesihatan Gaza pada Khamis melaporkan lima lagi rakyat Palestin dibunuh dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah korban genosid Israel sejak Oktober 2023 kepada 73,928 orang, lapor Anadolu.

Dalam laporan statistik hariannya, kementerian itu berkata hospital di Gaza menerima lima jenazah dan 35 mangsa yang cedera dalam tempoh sama.

Kementerian itu tidak memberikan butiran mengenai keadaan yang menyebabkan kematian dan kecederaan berkenaan, ketika tentera Israel terus melanggar perjanjian gencatan senjata yang berkuat kuasa sejak 10 Oktober 2025.

Menurut kenyataan itu, pelanggaran Israel terhadap perjanjian berkenaan telah mengorbankan 1,408 rakyat Palestin dan mencederakan 4,916 yang lain sejak 11 Oktober 2025.

Jumlah keseluruhan korban genosid Israel yang bermula pada Oktober 2023 kini meningkat kepada 73,928 orang, manakala 175,030 lagi cedera.

Selain korban nyawa, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita, Israel turut memusnahkan kira-kira 90 peratus infrastruktur awam Gaza. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan kos pembinaan semula Gaza mencecah kira-kira AS$70 bilion. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Hamas beri amaran keadaan kemanusiaan di Gaza semakin buruk

Next Post

Hamas bidas pembohongan Netanyahu di Perhimpunan PBB

Related Posts