Nakbah Palestin

NAKBAH PALESTIN
15 MEI 1948

Nakbah bermaksud malapetaka atau bencana besar. Nakbah Palestin merujuk kepada tragedi hitam 15 Mei 1948 apabila berlakunya penghapusan etnik, pemindahan besar-besaran dan rampasan majoriti tanah di Palestin oleh Yahudi Zionis bagi mewujudkan Israel.

Untuk mewujudkan entiti haram Israel, tentera Zionis menyerang bandar-bandar utama Palestin dan memusnahkan lebih daripada 530 kampung Palestin.

Pada tahun 1948, kira-kira 13,000 rakyat Palestin dibunuh dan lebih daripada 750,000 rakyat Palestin diusir dari rumah mereka dan menjadi pelarian. Ini adalah kemuncak penghapusan etnik Zionis.

Hari ini, pelarian Palestin dan keturunan mereka berjumlah lebih daripada tujuh juta. Ramai yang masih berada di kem pelarian di negara jiran Arab, menunggu untuk pulang ke tanah air mereka.

WEBINAR NAKBAH: STRATEGI ZIONIS MENJAJAH PALESTIN
bit.ly/duniapalestin007

Total
0
Shares
Previous Post

Nakbah: Strategi Zionis Menjajah Palestin

Next Post

Lebih setengah juta rakyat Palestin berpindah dalam serangan baharu Israel

Related Posts

Perang Hittin

PERANG HITTIN4 JULAI 1187 Pada 4 Julai 1187, tentera Islam yang dipimpin oleh Sultan Salahuddin Al-Ayyubi mengalahkan Tentera…
Read More