Israel dijangka akan terus menutup Masjid al-Aqsa sehingga menjelang Aidilfitri dan seterusnya, menurut maklumat yang diperoleh Middle East Eye.
Sumber yang mengetahui urusan masjid tersebut berkata rejim penjajah Israel telah memaklumkan keputusan itu kepada Wakaf Islam Baitulmaqdis, badan yang bertanggungjawab mentadbir tapak tersebut, dalam beberapa hari kebelakangan ini.
Masjid al-Aqsa, salah satu tapak paling suci dalam Islam, telah ditutup oleh rejim penjajah Israel awal bulan ini dengan alasan “situasi keselamatan” di tengah perang Amerika Syarikat–Israel terhadap Iran.
Penutupan yang belum pernah berlaku sebelum ini, khususnya ketika bulan Ramadan, telah dikecam oleh rakyat Palestin sebagai cubaan terbaru Israel untuk mengeksploitasi ketegangan keselamatan bagi mengenakan sekatan tambahan serta mengukuhkan kawalan ke atas Masjid al-Aqsa.
Ini merupakan Ramadan pertama sejak Israel menjajah Baitulmaqdis Timur pada tahun 1967 di mana rakyat Palestin tidak dapat menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut. – Dunia Palestin