Israel adalah entiti pengganas yang mengancam kestabilan serantau

Ahli Biro Politik Hamas, Husam Badran, menegaskan bahawa serangan Israel di Doha merupakan bukti jelas bahawa penjajah Zionis adalah entiti pengganas yang mengancam kestabilan rantau ini.

Beliau berkata tindakan tersebut menunjukkan bahawa Israel bukan sebuah negara yang normal, sebaliknya dikendalikan oleh “sekumpulan samseng, pembunuh dan pengganas” yang memiliki keupayaan ketenteraan besar serta menganut fahaman ekstrem berasaskan ilusi perkauman.

“Penjajah penjenayah ini adalah ancaman sebenar terhadap keselamatan dan kestabilan serantau, malah mereka berperang terbuka dengan semua pihak, bukan hanya rakyat Palestin,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Badran menegaskan bahawa Hamas akan terus mempertahankan diri dan hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri meskipun berdepan jenayah serta ancaman Israel.

Menurutnya, mesej solidariti dan sokongan telah diterima daripada pelbagai kumpulan Palestin, tokoh nasional dan komponen masyarakat, sekali gus memperkukuh pendirian Hamas dalam menghadapi serangan yang didakwanya diarahkan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Doha.

“Darah para pemimpin Hamas tidak lebih berharga daripada darah anak-anak, wanita dan orang tua kami di Gaza,” katanya sambil menegaskan bahawa perjuangan Hamas sama ada melalui pertempuran, rundingan mahupun usaha politik dan diplomatik adalah demi rakyat Palestin.

Beliau menambah, jenayah yang dilakukan Israel tidak akan menjejaskan keputusan kepimpinan Hamas serta koordinasi berterusan dengan kumpulan lain bagi mengekalkan keputusan nasional yang mewakili keseluruhan rakyat Palestin. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pakistan: Masanya untuk negara Islam bersatu menentang penyangak Israel

Next Post

Netanyahu tandatangani perluasan penempatan haram E1 di Tebing Barat

Related Posts