Senjata penjajah Zionis sepatutnya dilucutkan, bukan pejuang Palestin

Presiden Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia, Dr. Ali al-Qaradaghi menegaskan bahawa yang sewajarnya dilucutkan senjatanya bukanlah para pejuang Palestin, tetapi rejim penjajah Zionis yang memiliki senjata pemusnah besar dan nuklear.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan sebagai respons terhadap gesaan agar pejuang Palestin melucutkan senjata, beliau menyatakan bahawa tuntutan itu bertentangan dengan prinsip-prinsip agama, kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa.

“Kami menuntut, atas nama agama, prinsip-prinsip, serta undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan, agar senjata penjajah Zionis di Palestin dan di tempat-tempat lain, khususnya senjata pemusnah dan senjata nuklear dilucutkan,” tegas beliau.

Jelasnya, senjata-senjata tersebut menjadi ancaman besar apabila berada di tangan penjajah yang zalim dan penjenayah perang, kerana ia digunakan untuk membunuh wanita dan kanak-kanak, memusnahkan infrastruktur asas, serta mengepung dan menyekat akses orang awam kepada makanan, air, ubat-ubatan dan tempat perlindungan.

Beliau turut menegaskan bahawa rejim Zionis telah menyalahgunakan kekuatan senjata itu untuk memperluas pendudukan haram mereka di bumi Palestin.

“Maka, demi Allah wahai umat Islam, penganut agama-agama lain, pencinta kemanusiaan, dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu: Pihak manakah yang lebih layak dilucutkan senjatanya menurut semua agama, prinsip dan undang-undang?” soal beliau dalam kenyataan itu.

Menurut al-Qaradaghi, hakikat ini sepatutnya membuka mata masyarakat dunia, namun amat menyedihkan apabila kebenaran diputar belit dan kezaliman dijustifikasikan oleh pihak yang memiliki kuasa dan pengaruh.

“Sesungguhnya, semua ini menjadi petanda bahawa saat kehancuran mereka sudah hampir,” katanya sambil mengakhiri kenyataan dengan petikan sabda Rasulullah SAW: “Apabila amanah disia-siakan, maka tunggulah saat kehancuran.” – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Malaysia dan negara Selatan Global diseru bantu mempersenjatai Palestin

Next Post

Mufti Libya kecam ‘penyelesaian dua negara’, seru tindakan ketenteraan

Related Posts