Rejim penjajah Israel telah melanjutkan penutupan Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur sekurang-kurangnya sehingga 15 April, menurut laporan Middle East Eye.
Sumber yang arif mengenai urusan masjid itu berkata pegawai Israel pada Rabu memaklumkan mengenai lanjutan penutupan tersebut kepada Wakaf Islam Baitulmaqdis, iaitu badan yang dilantik oleh Jordan untuk mentadbir masjid berkenaan.
Masih belum jelas sama ada masjid itu akan dibuka semula selepas 15 April atau jika penutupan tersebut akan dilanjutkan lagi.
Israel telah mengekalkan Masjid al-Aqsa, salah satu tapak paling suci dalam Islam, ditutup sejak 28 Februari, ketika ia melancarkan perang bersama Amerika Syarikat terhadap Iran.
Pegawai Israel menyatakan kebimbangan terhadap keselamatan awam sebagai justifikasi bagi penutupan itu serta larangan terhadap para jemaah. Namun, rakyat Palestin menuduh rejim penjajah Israel menggunakan perang tersebut sebagai alasan untuk memperkukuh kawalan ke atas masjid berkenaan. – Dunia Palestin