Pejabat Media Gaza bidas tuduhan CENTCOM tentang rompakan Hamas

Pejabat Media Gaza membidas tuduhan palsu Pusat Arahan Amerika Syarikat (CENTCOM) bahawa anggota Hamas merompak trak bantuan di Khan Younis, menyifatkannya sebagai “rekaan dan tidak berasas.”

Menurut kenyataan itu, video dan naratif CENTCOM adalah sebahagian daripada “kempen maklumat palsu” untuk menjejaskan imej pasukan polis Gaza yang mengawal konvoi bantuan. Pejabat tersebut menegaskan pasukan polis telah mengerahkan lebih 1,000 anggota semasa melindungi penghantaran bantuan dan petugas kemanusiaan.

Beberapa organisasi antarabangsa turut mengesahkan bahawa polis Gaza tidak terlibat dalam rompakan, malah membantu mencegahnya. Gaza turut menuduh Israel sengaja menyasarkan anggota polis dan sukarelawan untuk mewujudkan kekacauan.

Kenyataan itu turut menolak bukti yang dikemukakan CENTCOM, menyatakan rakaman dron tidak menunjukkan sebarang aktiviti rompakan serta gagal menyebut masa dan lokasi kejadian.

Pejabat Media Gaza turut membidas CENTCOM kerana menutup mata terhadap pelanggaran Israel semasa gencatan senjata, termasuk pembunuhan 250 rakyat Palestin, sekatan bantuan, dan penahanan 29 individu.

Kenyataan itu menegaskan Amerika Syarikat telah hilang kredibiliti sebagai pihak berkecuali kerana mengulangi naratif Israel dan mengabaikan fakta kemanusiaan di Gaza. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tinjauan: Majoriti rakyat Palestin tolak usaha melucutkan senjata Hamas

Next Post

Rahsia ketelitian dan keteguhan gerakan muqawamah Palestin

Related Posts