Hamas sedia bebaskan semua tahanan jika perang dihentikan

Seorang pemimpin kanan politik Hamas sekali lagi menegaskan bahawa pihaknya bersedia untuk “menyerahkan semua tahanan serta-merta” sekiranya langkah itu dapat menamatkan perang yang sedang berlangsung.

Basem Naim berkata, beliau percaya Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, “mampu berbuat demikian sekiranya beliau menggunakan tekanan secukupnya ke atas rejim Israel untuk segera menghentikan perang ini”, sambil menambah bahawa Trump “mempunyai keupayaan dan kehendak untuk mencapai keadaan yang lebih aman.”

“Kami sedia bekerjasama dengannya untuk mencapai matlamat ini demi sebuah rantau yang lebih aman,” katanya kepada Sky News.

Beliau menegaskan bahawa Gaza dan rakyatnya berhak, seperti mana-mana manusia di dunia, untuk hidup dalam keadaan aman dan bermaruah.

“Kami telah menyatakan kepada semua pihak pengantara dan juga kepada pihak Amerika bahawa kami bersedia menyerahkan semua tahanan serta-merta, jika kami dapat memastikan bahawa ini akan membawa kepada pengakhiran perang ini,” katanya ketika menjawab soalan berhubung kesediaan Hamas membebaskan tebusan.

Beliau turut memaklumkan bahawa Hamas telah menyampaikan perkara itu melalui pengantara dan juga secara langsung kepada “beberapa individu dalam pentadbiran AS”, termasuk menyeru kepada pengunduran penuh tentera Israel, membenarkan bantuan kemanusiaan masuk ke Gaza dan membina semula wilayah itu tanpa sebarang pemindahan paksa.

Menurutnya lagi, Hamas telah menerima cadangan damai Mesir yang mengusulkan pembentukan sebuah badan bebas, tidak berpihak secara politik, untuk mentadbir Semenanjung Gaza.

Namun beliau menambah: “Sebelum itu, selagi kami masih menjadi rakyat yang dijajah, kami berhak sepenuhnya untuk terus mempertahankan rakyat kami dan menentang penjajahan dengan apa jua cara, termasuk melalui perjuangan bersenjata.”

Susulan temu bual itu, jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih, James Hewitt, memberitahu Sky News bahawa Hamas “belum menunjukkan bahawa mereka serius tentang keamanan.”

Hewitt berkata Trump “telah menegaskan bahawa Hamas mesti meletakkan senjata mereka.”

Tentera Israel telah melancarkan serangan brutal ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober 2023, yang telah meragut nyawa lebih 53,000 rakyat Palestin setakat ini, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. – Anadolu

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Nakbah 77: Pejuang Palestin berikrar terus berjuang hingga pembebasan

Next Post

600,000 berarak desak kerajaan UK putuskan hubungan dengan Israel

Related Posts