Ada satu kisah yang sering diceritakan dalam dunia muqawamah. Kisah yang memperlihatkan bukan sekadar keberanian tetapi kecerdikan, disiplin dan ketelitian yang luar biasa.
Suatu ketika dahulu, penjajah lsraeI mula meragui sama ada askar mereka yang ditawan oleh pejuang PaIestin, Gilad Shalit, masih hidup atau sudah mati.
Mereka menuduh para pejuang hanya berbohong, sengaja menyembunyikan kebenaran untuk kepentingan propaganda.
Namun muqawamah dengan tenang dan tegas menjawab:
“Kalau kamu tidak percaya, hantarlah seseorang untuk melihatnya sendiri.”
Cadangan itu mengejutkan pihak Zionis. Tetapi akhirnya, kedua-dua pihak bersetuju bahawa Duta Mesir akan menjadi orang tengah yang akan menziarahi tawanan tersebut.
Beliau akan masuk melalui sempadan Rafah menuju ke Gāza yang diketahui umum sebagai bumi yang ‘tertutup’ dengan dunia luar.
Setibanya di pintu Rafah, muqawamah telah menanti dengan persiapan rapi. Sebuah kenderaan khas disediakan.
Duta itu menaiki kereta pertama dan selepas beberapa ketika beliau diarahkan turun untuk menaiki kereta kedua.
Belum pun sempat memahami apa yang sedang berlaku, beliau terus dibawa dengan berganti-ganti kenderaan.
Dari kereta, trak, bas dan kenderaan tentera jenis Boxer, malah beberapa kali menukar pakaian bagi mengaburi sebarang penjejakan.
Setiap kali perjalanan diteruskan, lokasi dan pemandu bertukar. Semuanya dilakukan dengan penuh disiplin dan senyap tanpa ada satu pun suara yang membocorkan rahsia.
Menurut laporan, beliau menukar kenderaan sebanyak 20 kali sebelum akhirnya tiba di satu lokasi rahsia, tempat di mana Gilad Shalit ditempatkan.
Dia berada dalam keadaan sihat dan dijaga dengan kawalan rapi.
Apabila pulang, Duta Mesir itu dengan yakin berkata kepada pihak Israel:
“Saya telah melihatnya sendiri. Gilad Shalit masih hidup dan dalam keadaan baik.”
Namun ketua perisikan Israel menyindir sinis:
“Bagaimana mungkin kamu melihatnya, sedangkan kamu menukar 20 kenderaan sepanjang perjalanan?”
Dengan tenang, Duta Mesir itu menjawab:
“Saya melihatnya di dalam kereta yang ketujuh.”
Kisah ini sangat epik kerana ia membuktikan bahawa muqawamah Palestin bukan sekadar kumpulan bersenjata, tetapi pasukan yang berfikir, merancang dan bertindak dengan ketelitian yang menakjubkan.
Mereka tahu bila perlu berbicara dan bila perlu berdiam diri.
Mereka bukan sekadar penentang penjajah malah mereka adalah simbol maruah dan kehormatan umat.
إِن يَنصُرۡكُمُ ٱللَّهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمۡۖ
“Jika Allah menolong kamu, maka tiada siapa yang dapat mengalahkan kamu.” (Surah Āli ‘Imrān, ayat 160)
Kisah ini berlaku belasan tahun yang lalu, tetapi ia meninggalkan satu tanda tanya yang besar:
Jika pada waktu itu mereka sudah seteliti dan setaktikal ini, bagaimana pula kemampuan mereka hari ini?
Jawapannya kini kelihatan jelas di langit Gaza.
Tempat di mana nama aI-Qassam bergema setiap kali bumi bergegar dan langit menyala yang menandakan bahawa ketelitian yang sama itu kini telah berubah menjadi kekuatan yang menyebabakan pendatang haram histeria berlati ke bawah bunker.
Apa yang dahulu bermula di bengkel sempit bawah tanah kini menjadi industri ketenteraan penuh.
Dibina oleh insan-insan yang dikepung tetapi tidak pernah tunduk kepada musun.
Roket pertama Qassam-1 dicipta oleh jurutera Hamas sekitar tahun 2001 daripada paip besi dan campuran baja pertanian.
Jaraknya cuma 2 hingga 3 kilometer sekadar cukup untuk memberi isyarat: “Kami masih di sini, dan kami akan melawan.”
Tidak lama selepas itu muncul Qāssam-2 dan Qāssam-3 dengan jarak meningkat hingga 17 kilometer.
Sampai satu tahap membolehkan muqawamah menyerang penempatan haram di Ashkelon dan Sderot.
Setiap kali penjajah lsraeI memperketat sekatan, pejuang Qāssam pula semakin kreatif.
Kilang bawah tanah talah dibina bagi memajukkan teknologi ketenteraan.
Mereka mula menghasilkan roket lebih panjang dan stabil.
Ketika perang 2008 hingga 2009, buat pertama kali roket Palestin mengenai bandar besar seperti Beersheba dan Ashdod.
Dunia mula menyedari ini bukan lagi serangan simbolik.
Roket M-75 muncul pada tahun 2012, dengan jarak 75 kilometer yang mampu mencapai TeIAviv dan Jerusalem.
Disusuli J-80, yang digunakan dalam perang 2014. Gaza yang dikepung sepenuhnya kini mampu menembak ke tempat strategik di lsraeI.
Roket A-120, SH-85, dan R-160 dikeluarkan antara 2021 hingga 2023. Dalam Operasi Saif al-Quds 2021, lebih 4,000 roket dilancarkan ke arah seluruh Israel dalam masa beberapa hari.
Kemudian datang Operasi Taufan aI-Aqsa pada tahun 2023, lebih 5,000 roket ditembak dalam masa 20 minit termasuk roket Ayyash-250 yang menjangkau sehingga 250 kilometer menembusi langit utara Israel.
Hari ini, walaupun dibom tanpa henti, Gaza masih menghasilkan roket. Rangkaian bawah tanah terus berfungsi.
Peluncur automatik, dron kamikaze, peluru berpandu anti-tank berjaya dihasilkan oleh tangan anak Palestin sendiri.
Muqawamah bukan lagi sekadar bertahan. Mereka sedang menulis semula sejarah kekuatan umat dengan akal, iman dan darah mereka sendiri.
Satu lagi keunikan yang ada pada muqawamah Palestin khususnya AI-Qāssam, al-syahid Syeikh Zaki sebut dalam buku Tahta Raayah Tufan mereka akan pastikan qiamulail dan khatam al-Quran walaupun di mana mereka berada, bahkan al-syahid sendiri sempat khatam sebanyak 3 kali Al-Quran dalam masa 30 hari.
Mereka tidak hanya bangunkan teknologi tapi keterikatan dengan sang pencipta menjadi resepi kejayaan dalam mana-mana operasi dan semud yang mampu bertahan sampai ke hari ini.
Ahmad Muntaha Zainal Bahrin
Penyelidik Dunia Palestin